MDASSB

MDASSB

Saturday, July 17, 2010

LAPAN KAEDAH MENYERTAI TREASURE HUNT

LAPAN KAEDAH MENYERTAI
PANDU MISTERI / MENCARI HARTA KARUN BERKERETA



ISIKANDUNG


I. MAKLUMAT AM

II. PERSEDIAAN

III. PENUBUHAN SATU PASUKAN YANG CEKAP

IV. CARA MERANCANG MASA DAN ARAH

V. ASAS KEMAHIRAN MEMANDU DAN MENCARI JAWAPAN

VI. CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KUIZ
Contoh soalan kuiz

VII. CARA UNTUK MENYELESAIKAN SOALAN BARANGAN
Contoh Soalan barangan

VIII. CARA MEMBACA “TULIP”
Contoh “Tulip”



I. MAKLUMAT AM


(a) Apakah dia mencari harta karun atau pandu misteri?

Mencari Harta Karun atau Pandu Misteri adalah satu acara di mana peserta akan diberikan masa untuk menyudahkan satu laluan yang diberikan. Arah tuju pemanduan adalah dengan berpandukan penunjuk arah yang diberikan dipermulaan acara. Penunjuk arah biasanya adalah menggunakan kaedah “Rally Tulips”.

Disepanjang perjalanan peserta perlu menjawab soalan-soalan. Jawapan untuk Soalan Kuiz biasanya boleh didapati di papan tanda dan papan iklan. Peserta juga perlu mencari barang-barang di sepanjang perjalanan. Soalan adalah berbentuk teka-teki yang menggunakan kaedah imbasan, bayangan dan olahan semula perkataan (anagram). Kadangkala soalan juga dibuat bagi menguji kecekapan peserta dari segi pemerhatian dan ketajaman pemikiran.

Markah akan diberikan kepada jawapan yang betul dan tepat termasuk juga barang-barang yang dibawa. Pasukan yang mendapat markah tertinggi satelah ditolak markah penalty (jika ada) akan diistiharkan sebagai pemenang.

Acara ini bukanlah satu perlumbaan siapa sampai dulu akan mendapat hadiah. Walaupun kadangkala mata penalty dikenakan kepada mereka yang sampai lambat, satu acara yang dirancang dengan baik selalunya memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soalan, mencari barangan dan mungkin juga masa untuk rehat/makan.

(b) Sessi Taklimat

Penganjur biasanya akan memberikan satu sessi taklimat sebelum acara dimulakan. Taklimat ini kadangkala diadakan sehari atau lebih sebelum acara tersebut. Sekurang-kurangnya seorang ahli dari tiap pasukan mesti hadir semasa sessi taklimat ini.

Perkara yang harus diberi perhatian semasa sessi taklimat adalah:-
• Tema acara itu;
• Jarak perjalanan;
• Bilangan soalan dan barangan yang mesti dicari;
• Masa yang diberikan;
• Keadaan di mana penalty dikenakan
• Lain-lain maklumat penting.

(c) “Scrutineering” atau Pemeriksaan Kenderaan

Scrutineering atau pemeriksaan kenderaan biasanya diadakan sehari sebelum acara atau pada pagi sebelum acara bermula. Kadangkala ia dibuat di satu tempat dalam perjalanan pada hari acara tersebut.

Kenderaan biasanya diperiksa untuk menentukan ciri keselamatan dipatuhi.


(d) Sistem pemberian markah.

Markah diberikan untuk :-

• Jawapan yang betul
• Membawa barangan yang tepat
• Pemerikasaan kenderaan

(e) Mata penalti dikenakan dalam keadaan berikut:-

• Melebihi masa yang diberikan. (Contohnya: tiap-tiap 5 minit masa melebihi di kenakan 1 mata penalty);
• Melakukan kesalahan lalulintas saperti meletak kenderaan di tempat larangan, menghalang lalulintas, memandu dengan bahaya dan lain-lain.

(f) Pembatalan penyertaannya?

Pasukan akan dianggap batal apabila mereka tidak hadir semasa taklimat atau sampai ke tempat penamat melebihi masa yang ditetapkan. Biasanya tempat penamat akan ditutup 30 minit hingga 60 minit selepas masa yang diberikan tamat.

(g) Kaedah yang digunakan apabila dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama

Dalam keadaan ini satu kaedah menyelesaikan persamaan akan digunakan. Ia mungkin satu atau semua contoh berikut::-

• Mata yang diperolehi dari barangan yang dibawa;
• Mengambil kira ketepatan jawapan dari soalan terakhir hingga soalan pertama;
• Jumlah peserta dalam satu pasukan;
• Jumlah penalti yang dikenakan
• Tidak mengikut peraturan atau arahan yang diberikan.

(h) Nombor penyertaan

Nombor penyertaan akan diberikan mengikut budibicara penganjur. Ia mestilah dilekatkan dengan cermat dipintu hadapan kenderaan. Selain dari itu peserta juga mungkin dibekalkan dengan lain-lain perekat untuk dilekat di lain-lain bahagian lkenderaan.

(i) Cara melekatkan Nombor Penyertaan

Mereka yang belum berpengalaman selalunya menanggalkan semua kertas pelapik pelekat nombor penyertaan dan melekatkan terus ke kenderaan. Cara ini tidak digalakkan. Jika pelekat yang digunakan terlalu kuat maka ia boleh merosakkan cat kenderaan apabila ditanggalkan kelak.

Untuk mengelakkan ini berlaku, adalah dinasihatkan supaya kenderaan itu digilap dengan polish terlebih dahulu. Ada baiknya juga jika cuma satu atau dua inci di bahagian tepi kertas alas pelekat itu dikoyakkan dan membiarkan kertas alas selebihnya masih dipelekat tersebut.

(j) Cara permulaan

Biasanya permulaan adalah mengikut siapa sampai dulu dilepaskan dahulu. Ini bermakna sesiapa yang ingin mengambil kesempatan dan mendapat faedah, mestilah datang lebih awal ke tempat permulaan.

(k) Pengunaan Alat Telekomunikasi

Penggunaan alat telekomunikasi selalunya tidak dilarang tetapi ia haruslah digunakan mengikut kaedah keselamatan Jalan Raya.



II. PERSEDIAAN


(a) Apa yang perlu dibawa?

Pasukan perlu ada satu kamus yang lengkap dan buku rujukan untuk membantu menjawab soalan.

Senarai lengkap barang-barang harus dibawa adalah seperti berikut :-


Ini mungkin anda perlukan
i. Satu kamus dan “Thesaurus” Buku rujukan lain - Ensaikopedia, Buku Alamanak Dunia, Buku Peta Dunia (Atlas), Buku mengenai tempat-tempat, buku mengenai alam dan tanaman, buku mengenai cakrawala;
ii. Sepasang Binokular – amat berguna semasa berada di tempat sesak di mana kenderaan tidak dapat berhenti. Binokular digunakan untuk melihat jarak jauh;
iii. Papan alas untuk menulis. (Clip type writing boards);
iv. Alat tulisan – samada pena, pencil, pemadam dan perekat kecil;
v. Makanan, snek dan minuman – ada kemungkinan acara ini melepasi waktu makan tengah hari.


(b) Pakaian

Peserta adalah digalakkan untuk memakai kasut jenis kanvas dan pakaian seluar dan baju yang longgar dan selesa. Menggunakan beg selit di pinggang (pouch bag) akan menyenangkan kita untuk menyimpan benda kecil seperti duit siling, pena dan sebagainya.

(c) Masa untuk merancang perjalanan

Perancangan awal perlu dilakukan sebaik sahaja taklimat diberikan. Semua tugasan mestilah dirancang dan diagihkan agar tidak berlaku pertindihan tugas. Perancangan laluan yang awal boleh juga dibuat semasa ini. Perancangan laluan yang terakhir mestilah dibuat sebaik sahaja kertas laluan (tulips) diedarkan. Ini akan memerlukan perancangan yang lebih terperinci yang juga melibatkan perancangan masa.

(d) Lain-lain keperluan

• Tidurlah lebih awal malam sebelum acara diadakan supaya minda lebih bersedia dan segar.
• Makanlah sarapan yang lebih dari biasa kerana anda mungkin terpaksa tinggalkan makan tengah hari.
• Tiba awal di tempat permulaan kerana jika berlaku sebarang perubahan pasukan kita akan lebih beruntung kerana dapat maklumat yang awal. Jika pelepasan dibuat menggunakan kaedah siapa samapi awal dilepaskan dahulu maka pasukan kita akan mendapat kelibihan masa yang amat berharga.

III. PENUBUHAN SATU PASUKAN YANG CEKAP

Berapa orang diperlukan untu menjadi satu pasukan?

Satu pasukan mengandungi sekurang-kurangnya dua orang (Pemandu dan penunjuk arah) dan tidak lebih dari empat orang dalam satu kenderaan.

(a) Pembahagian tugas

Pilihlah dari antara kamu siapa yang akan menjadi pemandu, penunjuk arah dan penumpang sokongan mengikut kekuatan masing-masing. Penunujuk arah adalah ahli yang menjadi ahli yang utama. Selalunya dia adalah yang paling berpengalaman dalam mencari harta karun. Dia juga selalunya dilantik sebagai Ketua Pasukan.

Pembahagian tugas :-


Pemandu : Berikan tugas ini kepada ahli pasukan yang boleh memandu dengan cermat, pantas dan cekap. Tugas utama nya adalah memandu dengan menerima arahan dari Penunjuk Arah tanpa mengenepikan cirri-ciri keselamatan dan Undang-Undang Jalanraya.
Penunjuk Arah : Tugas ini diberikan kepada ahli pasukan yang paling berpengalaman dan paling pitar di antara anda. Dia mestilah boleh membaca serta menterjemah “Tulip” dengan baik dan boleh berkomunikasi dengan Pemandu di segi memberikan arah perjalanan. Dia adalah Ketua Pasukan dan membuat keputusan kepada perkara berikut:;-

 Di mana boleh berhenti;
 Membuat keputusan samada untuk berhenti, meneruskan perjalanan atau untuk berpatah balik;
 Membuat keputusan jika timbul percanggahan pendapat mengenai jawapan yang sesuai untuk disetuju terima.

Pencari : Tugas ahli pasukan yang ketiga adalah untuk mencari jawapan di sebelah kanan.(Jawapan di sebelah kiri adalah menjadi tugas Penunjuk Arah untuk mencari) Jika ada ahli yang keempat beliau hendak duduk di sebelah kiri dan ditugaskan untuk mencari jawapan di sebelah kiri sebagai pembantu kepada Penunjuk arah. Tugas ahli yang keempat ini juga adalah sebagai Pakar Rujuk di mana beliau diperlukan membuat rujukan di dalam kamus atau bahan rujukan yang dibawa bersama. Mereka ini mestilah mempunyai penglihatan yang jelas.

(b Susunan tempat duduk.

Susunan tempat duduk adalah seperti berikut :-
Pemandu : Di tempat duduk pemandu,
Penunjuk Arah : Di tempat duduk hadapan,
Pakarujuk : Di tempat duduk belakang sebelah kiri,
Pencari : Di tempat duduk belakang sebelah kanan.

IV. CARA UNTUK MERANCANG PERJALAN

Buat perancangan awal mengenai laluan. Sebaiknya perancangan pertama dibuat sebaik sahaja taklimat diberi. Semasa itu anda pasti telah tahu jarak perjalanan, masa yang ditetapkan dan bilangan soalan yang akan diberikan.

Perancangan terakhir mestilah dibuat sebaik sahaja kertas Tulip diterima di tempat permulaan. Jika Tulip itu diberikan sebaik sahaja anda dilepaskan maka carilah tempat sesuai untuk berhenti lima atau enam minit dan buatlah perancangan terakhir yang terperinci.

(a) Merancang Masa

Jika didapati semua soalan diletakkan dengan jarak yang sama rata maka perancangan anda adalah berdasarkan jarak perjalanan. Kaedahnya adalah seperti berikut:-

• Pastikan jumlah terkumpul jarak perjalanan
• Ambil kira masa yang diberikan
• Tolak 30 hingga 60 minit (mengikut jumlah barangan yang perlu dicari) dari jumlah masa yang diberikan
• Bahagikan jumlah jarak perjalanan dengan masa yang selebihnya. Ini akan memberikan jarak perjalanan untuk masa setengah atau satu jam.

Jika didapati soalan tidak dijarakkan samarata di sepanjang laluan maka perancangan masa anda adalah seperti berikut:-

• Ikut tiga langkah pertama diatas
• Bahagikan jumlah soalan dengan masa yang selebihnya. Ini akan memberikan jumlah soalan yang perlu dijawab dalam masa 30 minit atau sejam.

(b) Merancang Laluan

Telitikan Tulip sekali lagi. Tandakan di mana terdapat laluan yang panjang tanpa sebarang soalan diberikan. Semasa perjalanan nanti apabila tiba di kawasan yang telah ditandakan maka :-

• o pemandu bolehlah mempercepatkan perjalanan tetapi tidak melebihi had laju.
• o gunakan sector ini juga untuk :-

 mengkaji soalan,
 membuat perbandingan/rujukan kepada soalan yang seterusnya,
 Membincangankan soalan yang mempunyai lebih dari satu jawapan yang berkemungkinan.

V KEPAKARAN ASAS MEMANDU DAN MENCARI JAWAPAN

Ikut prinsip-prinsip berikut setepat yang mungkin:-

• Pada setiap permulaan Tulip berhentikan kenderaan seketika di tempat yang sesuai untuk mengkaji soalan dan membuat jangkaan jawapannya.

• memandulah dengan kelajuan tidak melebihi 40 km/j di sektor yang mempunyai soalan.

• penunjuk arah mestilah menumpukan perhatian di sebelah kiri untuk mencari jawapan dan pencari di tempat duduk belakang mencari di sebelah kanan.

• berhentikan kenderaan di mana terdapat sebaris rumahkedai atau papantanda. Lihat tiap-tiap papantanda yang boleh dibaca dari posisi tersebut. Gerakkan kenderaan kehadapan sedikit, berhenti dan ulangi mencari di papantanda seperti di atas. Ulangi langkah ini sehingga semua papantanda di barisan itu habis diteliti. Gunakan kanta pandang jauh (binoculars) untuk membantu penglihatan agar dapat melihat lebih jauh. Ini boleh mengurangkan tempat berhenti.

• elakkan keluar dari kenderaan. Biasanya semua jawapan boleh dilihat dari dalam kenderaan.

• cuba elakkan dari berpatah balik. Ia amat membuang masa.

• Tambahkan kelajuan kenderaan kepada kelajuan yang dibenarkan oleh undang-undang di sektor yang tidak mempunyai soalan untuk menjimatkan masa.

• Berhenti 30 hingga 40 minit untuk berbincang, menyelesaikan dan mencari barangan.




VI. CARA UNTUK MENJAWAB SOALAN

1. Jenis Soalan

Soalan selalunya berbentuk kriptik yang melibatkan pengunaan kemahiran pengetahuan am, anagram, teka-teki dan sebagainya. Ada juga ditanya untuk menguji kecekapan pemerhatian.

Jawapan selalunya boleh di dapati dipapantanda dan tulisan contengan (graffiti) Ia mungkin juga merujuk kepada nama atau mercutanda saperti bangunan dan lain-lain.

Selalunya ada tujuh bentuk soalan :-

 Anagrams
 Sama makna
 Terus (direct)
 Teka teki
 Pengetahuan am
 Kepakaran memerhati
 Campuran dua atau lebih yang diatas.

(a). Soalan Anagram

Anagram adalah pengolahan semula huruf-huruf dalam satu perkataan atau ayat yang mana huruf-huruf itu diolah semula untuk menghasilkan satu perkataan atau ayat yang lain.

Semasa membuat soalan Anagram, imbasan kepadanya dibuat dengan menggunakan perkataan atau ayat berikut :-

Untuk For Keliru Confused Tolak Removed
Campur Mixed Agak-agak Highsight Pecah Break
Berganda Multiples Reka Remodeled Perlu Needed
Olah Maneuver Tendang Kick Susun Rearranged
Tambah Add Tolak Minus Ubah Change

Ia mungkin juga dibuat dalam bentuk perkataan atau ungkapan lain dari di atas asalkan ia mengimbas kepada pengolahan semula perkataan tersebut.

Huruf yang perlu diganti di dalam satu perkataan tidak semestinya mengikut huruf itu terus tetapi boleh juga menggunakan bentuk bunyi seperti berikut :-

B: Bee C: Si D: Dee E: Yee
K: Kay L: Al N: Anne / Ant O: Sifar
P: Pea / Pee S: Ass / ess T: Tea / Tee U: You
Y: Why W: Double U Z: Zee I: Eye / aye

Anagram kepada perkataan boleh juga dari perkataan dalam soalan atau perkataan dalam jawapan.

Contoh Soalan Anagram

1. Ada klip yang berubah mengikut aturan keliling.
Jawapan: INSTITUT MEMANDU LITAR SISTEM ADILKAP SDN. BHD.
Penerangan: Ada klip di anagram (di imbas oleh perkataan “berubah”). Mengikut aturan adalah “Sistem” dan keliling adalah bermaksud “Litar”.

2. Guna daku dalam kekusutanmu.
Jawapan: GUA KANDU
Penerangan; Imbasan anagram di sini adalah “kusut” dan Guna daku diolah semula menjadi “Gua Kandu”.

3. Jika digaul sebar harapan utamanya.
Jawapan: KILANG BERAS SATU CITA
Penerangan: Gaul mengimbas kepada anagram. “sebar” menjadi beras. “Satu cita” menunjukkan harapan utama.

4. Sedepa keliru, tapi ia nya tetap aci.

Jawapan: KEDAI BASIKAL SAH
Penerangan: Imbasan anagram “keliru” menjadikan sedepa kepada “sepeda” yang bermaksud basikal. Klu kedua adalah “aci” yang juga bermaksud “sah”.

5. Sepuluh juta?
Jawapan: Mega Ent.
Penerangan: ? menunjukkan anagram. Ent. disusun semula menjadi ten (sepuluh). Mega bermaksud juta.


(b). Soalan Sama makna.

Soalan sama makna mempunyai berbagai bentuk. Ia kadangkala berbentuk kenyatan mengenai sesuatu yang menyerupai yang lain. Ia juga mungkin berbentuk kiasan. Ia juga boleh berbentuk terjemahan secara rambang kepada makna perkataan tersebut..

Soalan sama makna selalunya bermula dengan ungkapan berikut :-
• bunyinya seperti …
• seolah-olah…
• menyerupai…
• macam

Contoh Soalan Sama Makna

1. Kalau Mat Salleh sebut mungkin bunyinya sebelum, tapi sebenarnya adalah 257 x 364.

Jawapan: B4
Penerangan: “bunyinya” menunjukkan sama-makna dalam bahasa Ingeris : B4 bunyinya seperti “before” . 257 x 364 adalah ukuran kertas saiz B4.

2. Bunyinya seolah-olah perniagaan mereka cukup maju.

Jawapan:: See Bok Restaurant

Penerangan: Bunyi dan seolah-olah menunjukkan Soalan sama makna. See Bok menyerupai bunyi “sibuk”. Perniagaan sibuk pasti sesuatu yang maju.


3. Macam hujung jari hantu ke siku, pasti maju.

Jawapan:: HASTA JAYA
Penerangan: ‘Macam’ menandakan soalan Sama Makna dan hasta bermakna ukuran dari hujung jari ke siku. Pasti maju dimaksudkan kepada “jaya”.


(c) Soalan Teka-teki

Soalan teka-teki memerlukan penyuraian teka teki tersebut. Selalunya setiap perkataan mempunyai makna.

1. S.Effendi empunya cerita,
Logam berharga menjadi nama

Jawapan: KEDAI EMAS SEROJA
Penerangan: S.Effendi adalah penyanyi lagu Seroja. Logam berharga di sini adalah emas.

2. Di manakah laksa boleh dicari? Mungkin di tempat tumpah darah ku.

Jawapan: Kampong Laksamana
Penerangan: Laksamana dipecahkan menjadi “Laksa” & “mana”. Tanah tumpah darah ku diibaratkan kepada kampung halaman.

3. Ibarat melukut di tepi gantang?

Jawapan: Luar Dalam Hiasan
Penerangan: Melukut adalah padi/beras yang berada di antara dalam dan luar segantang beras.

(d Kekuatan Pemerhatian

Soalan jenis ini menguji kekuatan seseorang untok memerhatikan sesuatu jawapan. Jawapan mungkin berbentuk fisikal seperti mercutanda, objek atau contengan di dinding. Soalan direka dengan teka-teki atau terus tepat. Tulisan yang berbentuk kecil di papan tanda juga selalu digunakan.

Contoh soalan Kekuatan Pemerhatian:



1.
Kalau menyusur akar tak hilang bisa, kalau menyusur tee bagaimana pula?
Jawapan: True to Skin
Penerangan: Papantanda yang menunjukkan seekor ular membelit huruf “T” (‘tee’ dalam soalan).

2. Anda dan saya
Jawapan: U & me
Penerangan: Jawapannya adalah terjemahan terus tetapi perkataan itu ditulis dengan saiz yang kecil.

3. Apakah yang sudah tiada lagi?
Jawapan: Banglo Impian, Lokasi Idaman
di Seksyen 4 Bangi
HABIS DIJUAL
Penerangan: Perkataan HABIS DIJUAL menunjukan yang sudah tiada lagi.

4. Siapa nama polis di persimpangan berlampu itu?
Jawapan: Razib
Penerangan: Satu papan iklan yang menunjukkan gambar seorang polis trafik bernama Razib.

5. Satu lagi khidmat masyarakat Pengakap?.

Jawapan:
Rumah Orang Tua
Exp: Khidmat masyarakat pengakap itu ditulis dengan tulisan kecil dan menguji kekuatan pemerhatian.

(e) Soalan Pengetahuan ‘Am

Soalan jenis ini menguji ingatan kepada pengetahan am. Ia biasanya dikaitkan dengan isu semasa, muzik dan politik.

Contoh:

1. Rayuan dari kumpulan Beatles mungkin.
Jawapan: Help Institute
Penerangan: Lagu dari The Beatles (satu kumpulan pop rock) ialah “Help”. Rayuan dimaksudkan kepada perkataan “help”.

2. Tidak ada kaitannya dengan “British Open”.
Jawapan: St. Andrew Estate
Penerangan: “British Open” adalah satu pertandingan Golf yang diadakan di padang golf St. Andrew’s. Jadi tiada kaitan Estate dengan Padang Golf St Andrews..

3. Yang ke sembilan dari 1412 adalah antara Jun and Julai.
Jawapan: Restoren Ramadan
Penerangan: 1412 adalah Kalender Islam dan pada tahun itu bulan Ramadan jatuh di dalam bulan Jun dan Julai.

(f) Soalan Terus

Soalan Terus adalah soalan yang tepat. Ia juga memerlukan jawapan yang terus dan tepat. Ia juga mungkin memerlukan terjemahan terus tanpa sebarang kiasan.

1. Kelahiran satu lagi ahli keluarga.

Jawapan: Abang Baru Restoren
Penerangan: Memberikan makna yang tepat . Abang adalah satu dari ahli keluarga. Kelahiran dimaksudkan kepada Baru.

2. Jika jumpa dia kita pasti tahu nasib baik atau tidak.

Jawapan: Tukang Telek Tangan
Penerangan: Berjumpa Tukang Telek untuk melihat nasib



(g) Soalan Campuran

Soalan ini adalah campuran “anagram”, teka-teki, soalan terus dan soalan pengetahuan ‘am.


2. LANGKAH UNTUK MENJAWAB SOALAN

Gunakan kaedah berikut untuk menjawab soalan:-

• Kaji soalan itu untuk menentukan kategori ia berada.

• Cari kata-tunjuk (keyword(s)) dalam soalan.

• Cari makna kata-tunjuk dengan menggunakan kamus, ensiklopedia atau bahan rujukan lain.

• Cari lain makna kepada soalan yang berkemungkinan.

• Perhatikan dan cari jawapan. Lihat di semua papantanda dan objek. Cari makna perkataan di papantanda jika anda tidak pasti.

• Jika terdapat lbih dari satu jawapan yang berkemungkinan ulangi semula langkah-langkah di atas.

• Jika terdapat percangahan pendapat benarkan Penunjuk Arah membuat keputusan. Ingat bahawa dia adalah Ketua Pasukan dan yang paling berpengalaman.

• Apabila satu keputusan telah tercapai tinggalkan dan lupakan terus soalan itu. Tumpukan perhatian kepada soalan lain.

• Tuliskan terus jawapan seperti yang tertera di papantanda ke dalam kertas jawapan dengan terang dan tepat. Tuliskan dengan penuh dan bukan sebahagian sahaja. Contohnya: “Restoren Abu Sdn Bhd” dan bukan hanya “Restoren Abu”. Jawapan yang tidak lengkap mungkin akan mendapat markah yang tidak penuh. Kadangkala huruf kecil atau besar, noktah dan sengkang diambil kira di dalam pemberian markah.





Vll CARA UNTUK MENYELESAIKAN SOALAN BARANGAN.

Soalan barangan adalah dalam bentuk kiasan atau teka teki. Tidak ada sebarang kaedah tertentu, Cuma memerlukan pemikiran yang lebih.

Walaubagaimanapun anda perlulah:-
• membaca dan memahami semua perkataan
• membaca dan memahami setiap baris atau rangkap
• cari kata-tunjuknya,
kerana mereka adalah berkait antara satu sama lain.
Barangan yang dicari selalunya boleh didapati di sepanjang perjalanan atau di tempat tertentu jika ada penunjuk mengatakan begitu.

Adalah dinasihatkan supaya mengambil masa sekurang-kurangnya 30-40 minit untuk menyelesaikan teka teki tersebut. Berhentikan kenderaan anda di satu tempat yang sesuai untuk membincangkan soalan tersebut.






VIII MEMBACA TULIP

Untuk penerangan lanjut mengenai cara membaca Tulip sila hantar e-mail kepada saya di dahalana@gmail.com

1 comment:

  1. how to make money from casino games at work
    I am a big fan of the game console, deccasino which was made by How much do you make money งานออนไลน์ from casino games 바카라 at work, online slots, poker, lottery, slots.

    ReplyDelete